Kenapa Perlu Pilih Produk Sihat Untuk Cantik

Kenapa Perlu Pilih Produk Sihat UntuCantik


Ramai diantara kita tahu tetapi tak menghiraukan perkara ini. Ingat jika kita sihat pasti kita boleh cantik!! Tak ada orang sakit yang kelihatan cantik berseri. Sebab itu untuk jaga kecantikkan kita perlu jaga kesihatan terlebih dahulu.

Bagi mereka yang bekerja Nora sangat faham kita memang sangat sibuk untuk uruskan hal rumah tangga, hal anak-anak dan juga kerja di pejabat. Mungkin anda langsung tak ada masa untuk berehat.

Kenapa Perlu Pilih Produk Sihat Untuk Cantik


Penyelesaiannya


1. Cari ruang masa hanya 30 minit untuk berjogging

Penting sangat ke bersenam, Jawapannya YA!!. ini senaman paling mudah dan tidak berisiko.

Seluruh organ jantung, otot pernafasan, kaki tangan kita bergerak. Kesannya pengaliran darah lancar termasuk di bahagian saraf muka. Sebab itu mereka yang rajin bersenam kelihatan sihat, cergas dan berseri.

Raut wajah kita mengambarkan keadaan dalam tubuh kita. Perhatikan muka kita ketika demam, huuh lain sangat kan dengan muka kita ketika sihat.




2. Pemakanan

Cara mudah tinggalkan segala minuman manis. Lebihkan air kosong. Cukup lah gula dalam makanan harian kita. Gula adalah makanan parasit, fikirkan jika parasit dan toksin dalam darah yang mengalir dibahagian wajah anda. Apa kesannya.

Inilah antara faktor resdung dan berjerawat dibahagian wajah anda. Bukan hanya gula, tetapi juga makanan berlemak dan bergoreng juga patut dielakkan atau dikurangkan.


Kenapa Perlu Pilih Produk Sihat Untuk Cantik

Elakkan Sama Sekali 



3. Pilih Produk Sihat UntuCantik

Produk kesihatan dijamin menjaga kesihatan anda, tetapi produk kecantikkan tiada jaminan keatas kesihatan anda. Sebagai wanita yang bijak, kita pasti pilih yang terbaik.



Bagaimana Cara Pilih Produk Sihat UntuCantik


Pertamanya kita perlu faham keperluan tubuh kita. Contohnya apa yang diperlukan untuk ibu hamil, adakah anda selalu stres, mudah penat dan sebagainya. Selepas itu, baru lah memikirkan tentang produk kecantikkan yang menyihatkan.

Pemilihan produk memberi kesan besar dalam kecantikkan dan kesihatan anda. Contoh mudah yang boleh Nora kongsikan, minuman berkolagen yang dihasilkan oleh pengasas produk tanpa kajian saintifik. Cukup sekadar memcampurkan sumber kolagen dengan perisa tertentu. Kemudian menambahkan perasa (gula) untuk menyedapkan minuman tersebut.

Manfaatnya langsung tidak berkesan untuk kecantikkan malah boleh jadi membahayakan kesihatan. Ini kerana kandungan kolagen yang tinggi boleh merosakkan fungsi hati dan buah pinggang. Begitu juga gula tidak bagus untuk kesihatan.

Adakah dos yang disarankan dikaji terlebih dahulu. Setiap dos yang selamat dan berkesan bergantung kepada campuran bahan yang digunakan dalam suplemen tersebut. Jika tiada kajian lengkap, semua ini tidak diketahui.



Kesimpulannya


Perkongsian yang tak seberapa ini diharapkan berguna untuk kita semua, terutamanya wanita dan seorang ibu. Bagi mereka yang mempunyai terutamanya anak kecil, perkara utama perlu kita jag adalah kesihatan diri.

Bagaimana anak-anak kita jika kita sakit? Atas kesedaran ini lah Nora suka ingatkan kita semua untuk utamakan kesihatan. Dan juga jawapannya Kenapa Perlu Pilih Produk Sihat UntuCantik

Comments